Sempena Kejohanan Monsoon Cup...aku bertugas sebagai JK yang mengendalikan larian tersebut... Memandangkan penganjuran larian adalah Majlis Perlancongan yang mengurus Larian ialah POAT... Maka aku bertugas dgn POAT je lah tetapi disebabkan masalah teknikal dan lain-lain maklumat serta perancangan yang kurang mantap maka larian ini sekadar larian bertaraf sekolah...rasa-rasa sekolah lebih organize berbanding dengan larian ini tetapi budget agak tinggi... peserta dibekalkan dengan baju setelah tamat larian tetapi nak beri baju pun macam tak nak beri jer.... peserta yang lewat tiba terpaksa ke hulu hilir cari baju...
Promosi kurang...tu yang aku boleh kata...sepatutnya penganjur minta setiap sekolah hantar peserta (walaupun tengah cuti), setiap pejabat, jabatan, kedai-kedai elektrik, warung nasi lemak dll hantar je peserta bukannya kena bayar daftar tetapi untuk memeriahkan lagi suasana... ni bila tengok ramai yang mmg dah kaki lari jarak dekat, jauh, sederhana semua ada....
Tapi diucapkan tahniah kepada keluarga yang hadir dengan semangat yang membara... walaupun mmg tengok pada tubuh (heavyweight) mmg tak ada harapan untuk menang tapi semangat tu yang kita respect...
Kepada penganjur diharapkan jangan kedekut untuk memberikan t shirt kepada orang ramai yang memeriahkan suasana... terutama mak ayah yang membawa anak mereka untuk berlari walaupun mereka tidak berlari...tetapi kalau diberi t shirt tuh bangga juga dia orang bawa keluarga bersantai pagi jumaat yang indah ini...
(alih-alih t shirt tuh beri ke kaum kerabat suku sakat jer.....)
Kalau nak sembang pasal kelemahan mmg la bersepah tapi bukanlah nak dijadikan bahan mengutuk atau menyalahkan orang lain tetapi apa yang ingin ditekankan ialah menjadikan larian lebih bercorak fun...bukan satu kejohanan yang mementingkan hadiah semata-mata.....
Akhir kata....Bekerjalah kita kerana ALLAH nescaya berkat hidup kita... janganlah kerja kerana upah dan ganjaran nescaya sia-sia hidup kita tidak diberkati....
Wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment