Hari ini aku terima surat daripada IPS...risalah berkaitan dengan pendaftaran semester secara online.... tapi sebelum terima surat pun aku dah dapat info daripada rakan-rakan yang aktif menghubungi IPS....So penerimaan surat adalah formaliti je lah.... Aku jadi surat ni sebagai maklumat tambahan atau perincian....
Rupa-rupanya KPM sepanjang aku belajar 4 sem telah membayar lebih kurang RM5500 untuk tanggung aku dari segi yuran kemudian disusuli dengan elaun RM800X16 bulan = RM12 800 dan Rm500X7 bulan = RM3500, elaun buku, alatulis dll serta gaji bulanan yang telah aku terima sememangnya aku berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH s.w.t.... Kalau tak bersyukur tak tahu la nak kata apa... dah rejeki (pinjam sebutan member sabah) aku..
Sunday, December 14, 2008
Tambah sem jugak...
Ish tak sangka sungguh...ingatkan sempat dapat master dalam tempoh 4 sem... alih2 kena tambah pulak lagi satu sem... mungkin ada hikmah disebaliknya...apa-apa pun aku berserah kepadaNya... Semalam dah buat online payment untuk sem 5.. 15Disember baru dibuka untuk pendaftaran dan kalau tak ada aral melintang maka... aku masih lagi student.... dan akan mengajar student jugak....
Monday, December 8, 2008
Aidiladha 1429/ 2008
Hari sambutan aidiladha seperti tahun2 sebelum dimulakan dengan takbir kemudian disusuli dengan solat aidiladha....tetiba saja selepas solat hujan lebat pulak turun... mujur pergi solat dengan kereta..kalau jalan confirm kena tunggu hujan berenti gamoknya.....
Selepas solat baru jamah makanan....menu utama standard la... satay n nasi himpit.....nasi minyak.... nasi dagang.... pastu laksa la pulak....alih2 kuar masuk tandas dua tiga kali sebab nak cover perut kecik.....
Jalan raya pun tak banyak kereta sebab masing-masing sibuk dengan ibadah korban masing-masing.... aku pulak tahun ni mmg tak ada rezeki kot....try dah kontek member tanya pasal keinginan nak buat korban kalau ada kosong.... tapi tak mungkin sebab tak bersungguh-sungguh cari tuh yang tak ada kot....
Apa2 pun diucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua umat islam seluruh dunia...

Sunday, December 7, 2008
Claim Pindah Barang
Hari ni hantar borang claim pindah barang selepas tamat kursus.... Dah la masa mula kursus lambat claim hangus kat RM1000...senang-senang je CC kata ala duit banyak dah... bayangkan kalau ni dikatakan hak yang perlu dituntut tapi tidak dibayar kepada yang berhak...sapa tanggung dosa...tapi bila kita claim perjalanan bila terlebih claim kata dosa kita sebab makan duit haram... Ish dunia sekarang ni senang-senang je jatuh hukum.... bila sampai satu tahap boleh ubah pulak hukum tuh... bila kena tang batang hidung mulalah hukum wajib jadi sunat...
Apa-apa pun sebagai insan yang lemah aku terpaksa redha dengan apa yang telah berlaku... orang kata jadikan sempadan....
Apa-apa pun sebagai insan yang lemah aku terpaksa redha dengan apa yang telah berlaku... orang kata jadikan sempadan....
Esok kita akan menyambut Aidiladha kepada umat islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji..kita harapkan mereka mendapat Haji yang Mabrur... Insyallah..
p.s. Aku ni bila la gamaknya dapat mengerjakan haji.... tunggu tua karang tak larat pulak... kalau gi sekarang duit pulak kureng... hutang umah... hutang keta... hutang kad... lagi hutang apa gamaknya aku sendiri pun dah tak ingat.... Nawaitu jelah dulu....Friday, December 5, 2008
Marking Paper
.... ish nanti kena marking paper pulak... kalau ikutkan hati memang lah tak nak tapi bila skrip banyak...orang sikit.. nak cari ganti untuk kita lagi...pastu banyak la pulak masalah maka nak tak nak ikut jer lah... disebabkan ada akta rahsia maka ni jelah boleh dimaklumkan.... umum sahaja...
Larian Ceria Keluarga Monsoon Cup 2008
Sempena Kejohanan Monsoon Cup...aku bertugas sebagai JK yang mengendalikan larian tersebut... Memandangkan penganjuran larian adalah Majlis Perlancongan yang mengurus Larian ialah POAT... Maka aku bertugas dgn POAT je lah tetapi disebabkan masalah teknikal dan lain-lain maklumat serta perancangan yang kurang mantap maka larian ini sekadar larian bertaraf sekolah...rasa-rasa sekolah lebih organize berbanding dengan larian ini tetapi budget agak tinggi... peserta dibekalkan dengan baju setelah tamat larian tetapi nak beri baju pun macam tak nak beri jer.... peserta yang lewat tiba terpaksa ke hulu hilir cari baju...
Promosi kurang...tu yang aku boleh kata...sepatutnya penganjur minta setiap sekolah hantar peserta (walaupun tengah cuti), setiap pejabat, jabatan, kedai-kedai elektrik, warung nasi lemak dll hantar je peserta bukannya kena bayar daftar tetapi untuk memeriahkan lagi suasana... ni bila tengok ramai yang mmg dah kaki lari jarak dekat, jauh, sederhana semua ada....
Tapi diucapkan tahniah kepada keluarga yang hadir dengan semangat yang membara... walaupun mmg tengok pada tubuh (heavyweight) mmg tak ada harapan untuk menang tapi semangat tu yang kita respect...
Kepada penganjur diharapkan jangan kedekut untuk memberikan t shirt kepada orang ramai yang memeriahkan suasana... terutama mak ayah yang membawa anak mereka untuk berlari walaupun mereka tidak berlari...tetapi kalau diberi t shirt tuh bangga juga dia orang bawa keluarga bersantai pagi jumaat yang indah ini...
(alih-alih t shirt tuh beri ke kaum kerabat suku sakat jer.....)
Kalau nak sembang pasal kelemahan mmg la bersepah tapi bukanlah nak dijadikan bahan mengutuk atau menyalahkan orang lain tetapi apa yang ingin ditekankan ialah menjadikan larian lebih bercorak fun...bukan satu kejohanan yang mementingkan hadiah semata-mata.....
Akhir kata....Bekerjalah kita kerana ALLAH nescaya berkat hidup kita... janganlah kerja kerana upah dan ganjaran nescaya sia-sia hidup kita tidak diberkati....
Wallahualam..

Sunday, November 30, 2008
Kuliah Pertama
Hari ni merupakan hari pertama menjalankan tugas dalam P&P di IPGM Kampus Kuala Terengganu.. Cover Kelas En Abd Wahab untuk amali bagi Microsoft Office Powerpoint bagi program PGSR-BM... Alih2 ada juga member sama masa ngajar kat Sekolah Rendah dulu... Tapi aku respect kat dia orang sbb sanggup untuk upgrade diri ke arah lebih produktif tidak macam stengah cikgu yang mmg dah setia dengan apa yang mereka ada... masing2 mempunyai pandangan dan pendirian so kita semua kena akur dengannya.... Insyallah asalkan niat kita menuntut ilmu kerana ALLAH nescaya setiap pengorbanan dikurniakan pahala yang setimpal...
Wallahualam.
Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)