Monday, January 4, 2010

Sesi Persekolahan 2010

Minggu ni merupakan minggu pertama persekolahan sesi 2010. Tidak banyak yang berubah. Aktiviti masih sama setiap tahun... Fail, Bahan dan peralatan tahun 2009 disusun dan disimpan bagi memberi ruang kepada fail, barang2 baru masuk.... Tahun ni IPG macam ada masalah dari segi kewangan... Tiada Diari diberikan...Tiada beg diberikan... tapi timbul tanda tanya sama ada nak beri or tidak... Kalau tak beri maklum saja...kat kedai bersepah...boleh beli.... Tugasan macam tahun 2009 tak banyak sangat tapi lepas2 dah masa tengah2 ni baru dia nak beri...

Iffah daftar kat sekolah yang nama baru walaupun lokasi sama.... Tadika Cahaya Ummu Maisarah. Yuran terpaksa bayar RM424... Kalah daftar budak kat sekolah rendah/menengah.... Ilya pulak baru hantar kar rumah pengasuh dia yang baru... Ok je nampak...

Tuesday, October 6, 2009

Latihan Guru Bestari Kohort 3

Nampaknya LGB kohort 3 dah pun bermula.... Minggu ni kena bertugas di BTPN yg terletak di Marang. Ambilan kali ini terdiri daripada zon yang sama daripada kalangan guru sekolah rendah. Semoga mereka mampu melaksanakan dengan berjaya.

Wednesday, June 24, 2009

Tg Nur Ilya Insyirah

Tepat 23hb Mei baru-baru ini sekitar pukul 1.06 pagi, my wife selamat melahirkan bayi perempuan. Bayangkan duduk dalam bilik bersalin dekat 4 jam menunggu...tensen sbb terpaksa duduk tegak je mcm tiang api... tapi alhamdulillah semuanya selamat..





Selesai je bersalin apa lagi saya terus jelah...azan walaupun piching bukan mcm artis tp ok la tuh....

ni umur tak cukup seminggu




sekarang ni genap umur dia dalam sebulan so telah selamat dilakukan majlis cukur dan aqiqah...so ni latest gambar ilya




ni umur 3 minggu

Saturday, May 9, 2009

Cuti

Cuti sekolah hampir tiba...IPGM pun turut sama bercuti... Orang rumah pulak tengah tunggu masa nak sambut kehadiran insan baru dalam keluarga... Insyaallah kalau tak ada aral dalam bulan 5/6 maka akan berlakulah kehadiran insan baru.... Walaupun tarikh bersalin tuh berada dalam cuti adalah lebih baik berbanding dengan kena ambil cuti 7 hari tuh.... bukannya apa. kalau dah dalam cuti senang....ni tetiba sakit..tetiba tak sakit susah jugak nak keluar masuk kerja kalau macam nih....


ps. ish rosak pulak gambor baby ni

Sunday, April 26, 2009

Aktiviti minggu ini...

Minggu ini aktiviti agak padat... pendek kata setiap hari berlalu dengan aktiviti tiada hari tanpa aktiviti... bermula dengan kursus bestari guru-guru sekolah rendah...esok kena pergi pulau pangkor pulak kursus asas PBSM... Asas pun sampai ke pangkor tapi bagus juga jalan-jalan cari ilmu.... cuma tengok la nanti mcmana pengisian dia...nak suruh jadi doktor atau setakat nak suruh jadi pensyarah penasihat PBSM je...

Friday, April 17, 2009

Jelajah....

Semalam pemanduan dari KL ke Cameron Highland agak mencabar memandangkan pemanduan dari KL pukul 5 singgah kat Tg Malim sekejab pastu bertolak dari Tg malim pkul 6.30 then baru terfikir yang jalan Tapah ke Cameron Highland waktu malam sangat mencabar so terpaksa ubah laluan guna ikut simpang pulai...Bayangkan drive seorang diri waktu malam so terpaksa mengagahkan diri...

ps. kepada rakan lain sila guna masa yang sepatutnya....tak perlu membahayakan diri anda semata-mata memenuhi tuntutan kerja yang memang tak masuk akal....

Thursday, February 12, 2009

Cabaran oh cabaran.....

Minggu ni agak padat sikit aktiviti di Kampus....Dengan ISOnya....dengan Meetingnya....dengan program yang pada menambahkan sedikit kegusaran dihati ini... Namun begitu semua ni sekadar asam garam dalam kehidupan yang perlu dilalui....

Aku bukannya frust sbb mengajar di IPGM ni cuma orang kata ingin mencuba satu bidang yang baru..pendek kata kalau hidup ni setakat berpuas hati dengan apa yang ada pun tak ada masalah tetapi yang penting CABARAN perlu ada....

So insyallah akan ku lalui cabaran ini dengan semangat 46...ops silap dah berkubur dah semangat ni.... dengan semangat yang membara....bagai api yang membara...

adios babe.....